Tuesday 1 August 2017

Sejujurnya

Sejujurnya aku masih rasa kehilangan.
Sejujurnya hati ini masih kelam apabila realiti kehidupan menyapa.
Sejujurnya aku masih tergamam dengan hakikat yang telah berlalu.

Ku coretkan di sini buat pendorong untuk diri ini yang sering terlupa.

Aku kenal arwah sebagai Abang Fareez. Seorang insan yang unik di kaca mata aku. Kenapa? Sebab walaupun memori dengannya tak banyak tapi, aku ingat.

Sejujurnya aku ni cepat lupa. Cepat move on dengan kenangan silam.
Sejujurnya aku juga, ambil masa yang lama untuk menerima manusia dalam kehidupan aku.

Tapi abang Fareez. Lain. Kisah dia lain. Kisahnya ringkas tapi berharga.

Kisah #1
Dulu masa dia masih pimpinan PEPIAS Bangi, aku ada minta tolong dia untuk tengok-tengokkan sorang adik ni. Mak kepada adik tu minta tolong aku dan aku minta tolong Abang Fareez atas sebab aku yakin Abang Fareez lebih rapat dan mengenali adik tu dan aku yakin Abang Fareez lebih tahu cara untuk mendekati dan menegur dengan lebih berhemah. Di saat itulah aku mengenali insan ini. Insan yang begitu prihatin tentang hal ehwal adik-adiknya. Terima kasih.

Kisah #2
Ada satu ketika dahulu, ustaz sekolah aku approach aku, minta buat program di sekolah lama aku. Sekolahnya di Bangi dan Abang Fareez masa tu BLK Bangi, Sekali lagi, aku approach dia :') Dia lah yang ajar aku serba sedikit macam mana nak handle program. Macam mana nak jadi PIC program. Malangnya program sekolah tu tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Aku kecewa tapi Abang Fareez memahami. Di saat itulah aku mengerti insan ini. Insan yang melakukan tanggungjawabnya di bumi ini kerana Ilahi. Terima kasih.

Kisah #3
Kali terakhir aku jumpa dia masa jamuan raya di IDE, Shah Alam. Teringat waktu ternampak dia, bertegur sapa macam biasa. Tak pernah lekang dengan senyuman dia. Di saat itu, tiada siapa sangka, perjumpaan yang pendek itu merupakan perjumpaan yang terakhir. Terima kasih.

Terima kasih.

Muhammad Fareez Bin Mohd. Ghazali.

Al-Fatihah.



No comments:

Post a Comment